Sunday 15 May 2011

SUKAN 4 PENJURU ZON SELATAN 2011

Sukan 4 penjuru yang Zon Selatan telah diadakan pada 13 dan 14 Mei 2011 di Institut Latihan Perindustrian [ILP], Tangkak. Sukan ini di sertai oleh 4 zon utama iaitu, Johor Selatan, Johor Utara, Melaka dan juga Negeri Sembilan. Sukan ini melibatkan penyertaan oleh kakitangan Mahkamah  dari setiap zon yang mengambil bahagian dan juga pegawai -pegawai kehakiman. 


Kegiatan sukan ini telah banyak memberi kenangan manis dan bermakna bagi semua peserta dan Ajk sukan yang terlibat. Apa yang lebih membanggakan, sukan ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Arif, Tan Sri Raus dan disaksikan oleh Yang Arif Dato' Ahmadi, Yang Arif Dato' Umi Kalthum, Yang Arif Dato' Halijah serta hampir kesemua pegawai-pegawai Kehakiman yang terlibat.


Upacara perasmian.


Dif-dif terhormat yang hadir.






Kontijen Perbarisan dari 4 Zon.

Sokongan padu diberikan!

Buat julung-julung kalinya, sukan sepak takraw di perkenalkan pada kali ini.

Sukan Bola Tampar. 

Sukan bola sepak merupakan satu kemestian untuk kejohanan sukan 4 penjuru.

Pasukan sorak dari Negeri Melaka.



Tarik tali merupakan acara kemuncak.


Sukan Indoor pada 13 Mei 2011
Dart

 Congkak
 Pingpong


Barisan penyokong


Makan Malam dan  Persembahan