Friday 25 May 2012

Kursus Jenayah dan Sivil Mahkamah Rendah 2012

Kompleks Mahkamah Muar telah menganjurkan Kursus Jenayah dan Sivil bagi Mahkamah Rendah pada 24 Mei 2012. Kursus ini melibatkan peserta yang merupakan kakitangan dan juga pegawai Mahkamah-Mahkamah di dalam Negeri Johor Darul Takzim. Kursus selama sehari ini telah banyak memberi manfaat dan pengetahuan mengenai tatakerja dan juga prosedur yang terlibat di dalam pengendalian fail-fail jenayah dan sivil. 



Kompleks Mahkamah Muar 


Para Pegawai dan Kakitangan Mahkamah-Mahkamah di Johor.










Saturday 12 May 2012

Solat Hajat Di Kompleks Mahkamah Muar

Pada 10 Mei 2012, program Solat Hajat telah di adakan di Kompleks Mahkamah Muar. Hampir kesemua Warga mahkamah Muar yang beragama Islam telah hadir dan menjayakan program tersebut. Jutaan terima kasih kepada Kakitangan dan Pegawai yang terlibat.









Wednesday 9 May 2012

Kursus Pengurusan Stress 2012

Pada 7 Mei 2012, Kursus Pengurusan Stress telah diadakan melibatkan sebahagian besar Warga Kompleks Mahkamah Muar, Tangkak, Segamat, Batu Pahat dan Kluang. hampir kesemua pegawai dan kakitangan mengambil bahagian. Kursus ini telah banyak memberi tunjuk ajar dan tips untuk mengendalikan stress dan seterusnya menggalakkan cara hidup yang sihat. 

Peserta-peserta diberi tugasan untuk melukis lembu mengikut kreativiti masing-masing. Mari kita teka.. hasil lukisan siapakah ini???





Bunga-bunga 


Salah satu aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada peserta.




Wednesday 18 April 2012

Lawatan Rasmi Dari Sekolah Menengah Parit Bunga, Muar.

Pada 17 April 2012, Warga Mahkamah Muar menerima lawatan rasmi dari guru-guru dan pelajar-pelejar Sekolah Menengah Parit Bunga, Muar. 









Friday 30 March 2012

Bengkel Keselamatan Dokumen 2/2012

Pada 29 Mac 2012, satu bengkel Keselamatan Dokumen telah di anjuran oleh Kompleks Mahkamah Muar yang melibatkan hampir kesemua warga mahkamah Muar, Tangkak, Segamat, Batu Pahat dan Kluang. Bengkel selama sehari ini telah berjaya memberi pendedahan kepada kesemua peserta yang hadir. 


Penceramah Jemputan.

Antara mereka masih belum berpunya.. :-)

Abang Jega sangat fokus pada ketika ini.

Peserta-peserta yang hadir.

Hampir kesemua peserta dari Zon Johor Utara Mengambil Bahagian.

Kak Deborah memberi penerangan ketika bengkel.

Warga Mahkamah Johor Utara.

Friday 16 March 2012

Majlis Maulidur Rasul 2012

Pada 16 Mac 2012, Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Muar telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Warga Muar dari pelbagai latar belakang telah hadir menjayakan majlis pada malam itu. Jutaan terima kasih kepada yang hadir dan juga kepada AJK AJK yang terlibat.


Para Jemputan VIP yang hadir.


Jemputan Khas bagi memeriahkan Majlis.







Ahli Jawatankuasa yang terlibat.