Saturday 24 December 2011

Majlis Makan Malam Kelab Sukan & Kebajikan Mahkamah Muar 2011

Pada 23 Disember 2011, Kelab Sukan & Kebajikan Mahkamah Muar telah menganjurkan Majlis Makan Malam bertempat di Kompleks Mahkamah Muar. Makan Malam tersebut bertujuan mengeratkan siraturrahim dan sekaligus menjadi salah satu majlis penutup tirai bagi program kelab bagi tahun 2011.

Jemputan Khas dari Mahkamah Melaka.


Model Cilik kita

Artis Jemputan

Snap Preview sebelum majlis bermula

Barisan hadiah

Satay oh Satay!

Warga Mahkamah

Peserta Wanita..mari merebut kerusi..!!!!

Perserta Lelaki  gigih merebut kerusi...

Prom Queen Kita?... 

Prom King kita bagi tahun 2011.




Sambutan amat meriah pada malam itu. Diharap akan menjadi amalan kelab untuk mengadakan Majlis seumpama ini setiap tahun. 

Thursday 18 August 2011

Lawatan Ketua Hakim Negara dan Sempena Majlis Perpisahan Beliau.

Pada 13 Julai 2011, Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tun Dato' Seri Zaki Bin Tun Azmi telah datang melawat Kompleks Mahkamah Muar. Lawatan ini menurut beliau merupakan kali yang terakhir sebelum berliau bersara. Warga Kompleks Mahkamah Muar telah menyediakan satu majlis ringkas untuk meraikan kedatangan Ketua Hakim Negara. 








Sunday 15 May 2011

SUKAN 4 PENJURU ZON SELATAN 2011

Sukan 4 penjuru yang Zon Selatan telah diadakan pada 13 dan 14 Mei 2011 di Institut Latihan Perindustrian [ILP], Tangkak. Sukan ini di sertai oleh 4 zon utama iaitu, Johor Selatan, Johor Utara, Melaka dan juga Negeri Sembilan. Sukan ini melibatkan penyertaan oleh kakitangan Mahkamah  dari setiap zon yang mengambil bahagian dan juga pegawai -pegawai kehakiman. 


Kegiatan sukan ini telah banyak memberi kenangan manis dan bermakna bagi semua peserta dan Ajk sukan yang terlibat. Apa yang lebih membanggakan, sukan ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Arif, Tan Sri Raus dan disaksikan oleh Yang Arif Dato' Ahmadi, Yang Arif Dato' Umi Kalthum, Yang Arif Dato' Halijah serta hampir kesemua pegawai-pegawai Kehakiman yang terlibat.


Upacara perasmian.


Dif-dif terhormat yang hadir.






Kontijen Perbarisan dari 4 Zon.

Sokongan padu diberikan!

Buat julung-julung kalinya, sukan sepak takraw di perkenalkan pada kali ini.

Sukan Bola Tampar. 

Sukan bola sepak merupakan satu kemestian untuk kejohanan sukan 4 penjuru.

Pasukan sorak dari Negeri Melaka.



Tarik tali merupakan acara kemuncak.


Sukan Indoor pada 13 Mei 2011
Dart

 Congkak
 Pingpong


Barisan penyokong


Makan Malam dan  Persembahan











Sunday 10 April 2011

MAJLIS PERASMIAN AMALAN 5S KOMPLEKS MAHKAMAH MUAR

Perasmian "5S Kompleks Mahkamah Muar" pada 2 April 2011 di rasmikan oleh Yang Arif Dato’ Ahmadi Bin Hj Asmawi, Hakim Mahkamah Tinggi Muar, Johor darul Takzim. Perasmian pada pukul 8.47 pagi ini telah menempah satu lagi detik bersejarah bagi warga Kompleks Mahkamah Muar. Majlis ini dihadiri oleh Pegawai-Pegawai, wakil-wakil Mahkamah serta kesemua warga Kompleks Mahkamah Negeri Johor.

Apa yang amat menarik program ini mendapat kerjasama yang amat baik dikalangan warga Kompleks Mahkamah Muar sepanjang proses 5S dijalankan. Amalan 5S ini akan terus terpakai bagi memastikan persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi.

Selain itu, melalui amalan 5s proses pencarian akan menjadi lebih mudah dan pantas dalam melaksanakan kerja serta sekaligus kesilapan di dalam kerja dapat dielakkan. Malah ianya dapat mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan persekitaran yang berkualiti. Dengan ini rungutan orang awam dapat dikurangkan terhadap penyampaian perkhidmatan. Apa yang penting melalui 5S ini ianya memudahkan urusan penyelenggaraan serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dan meningkatkan imej korporat organisasi Kompleks Mahkamah Muar.



Yang Arif Dato' Asmadi Hj Asmawi, Pegawai-Pegawai, Wakil-Wakil Mahkamah dan kesemua warga Kompleks Mahkamah Muar, 
Johor Darul Takzim



Majlis Perasmian 5S Kompleks Mahkamah Muar




 Perasmian 5S Komples Mahkamah Muar
oleh Yang Ariff Dato Asmadi Jf Asmawi
8.47pagi pada 2 April 2011




Lawatan di jalankan di sekitar Bahgian Pentadbiran,
Tingkat 1 Komplek Mahkamah Muar



Warga Kompleks Mahkamah Muar



Lawatan di Bilik Jurubahasa.


Sudut Statistik, kemas dan teratur.


Lawatan di Tingkat 3 Kompleks Mahkamah Muar





Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis ini. Wassalam