Friday 25 May 2012

Kursus Jenayah dan Sivil Mahkamah Rendah 2012

Kompleks Mahkamah Muar telah menganjurkan Kursus Jenayah dan Sivil bagi Mahkamah Rendah pada 24 Mei 2012. Kursus ini melibatkan peserta yang merupakan kakitangan dan juga pegawai Mahkamah-Mahkamah di dalam Negeri Johor Darul Takzim. Kursus selama sehari ini telah banyak memberi manfaat dan pengetahuan mengenai tatakerja dan juga prosedur yang terlibat di dalam pengendalian fail-fail jenayah dan sivil. 



Kompleks Mahkamah Muar 


Para Pegawai dan Kakitangan Mahkamah-Mahkamah di Johor.










Saturday 12 May 2012

Solat Hajat Di Kompleks Mahkamah Muar

Pada 10 Mei 2012, program Solat Hajat telah di adakan di Kompleks Mahkamah Muar. Hampir kesemua Warga mahkamah Muar yang beragama Islam telah hadir dan menjayakan program tersebut. Jutaan terima kasih kepada Kakitangan dan Pegawai yang terlibat.









Wednesday 9 May 2012

Kursus Pengurusan Stress 2012

Pada 7 Mei 2012, Kursus Pengurusan Stress telah diadakan melibatkan sebahagian besar Warga Kompleks Mahkamah Muar, Tangkak, Segamat, Batu Pahat dan Kluang. hampir kesemua pegawai dan kakitangan mengambil bahagian. Kursus ini telah banyak memberi tunjuk ajar dan tips untuk mengendalikan stress dan seterusnya menggalakkan cara hidup yang sihat. 

Peserta-peserta diberi tugasan untuk melukis lembu mengikut kreativiti masing-masing. Mari kita teka.. hasil lukisan siapakah ini???





Bunga-bunga 


Salah satu aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada peserta.