Sunday 10 April 2011

MAJLIS PERASMIAN AMALAN 5S KOMPLEKS MAHKAMAH MUAR

Perasmian "5S Kompleks Mahkamah Muar" pada 2 April 2011 di rasmikan oleh Yang Arif Dato’ Ahmadi Bin Hj Asmawi, Hakim Mahkamah Tinggi Muar, Johor darul Takzim. Perasmian pada pukul 8.47 pagi ini telah menempah satu lagi detik bersejarah bagi warga Kompleks Mahkamah Muar. Majlis ini dihadiri oleh Pegawai-Pegawai, wakil-wakil Mahkamah serta kesemua warga Kompleks Mahkamah Negeri Johor.

Apa yang amat menarik program ini mendapat kerjasama yang amat baik dikalangan warga Kompleks Mahkamah Muar sepanjang proses 5S dijalankan. Amalan 5S ini akan terus terpakai bagi memastikan persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi.

Selain itu, melalui amalan 5s proses pencarian akan menjadi lebih mudah dan pantas dalam melaksanakan kerja serta sekaligus kesilapan di dalam kerja dapat dielakkan. Malah ianya dapat mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan persekitaran yang berkualiti. Dengan ini rungutan orang awam dapat dikurangkan terhadap penyampaian perkhidmatan. Apa yang penting melalui 5S ini ianya memudahkan urusan penyelenggaraan serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dan meningkatkan imej korporat organisasi Kompleks Mahkamah Muar.



Yang Arif Dato' Asmadi Hj Asmawi, Pegawai-Pegawai, Wakil-Wakil Mahkamah dan kesemua warga Kompleks Mahkamah Muar, 
Johor Darul Takzim



Majlis Perasmian 5S Kompleks Mahkamah Muar




 Perasmian 5S Komples Mahkamah Muar
oleh Yang Ariff Dato Asmadi Jf Asmawi
8.47pagi pada 2 April 2011




Lawatan di jalankan di sekitar Bahgian Pentadbiran,
Tingkat 1 Komplek Mahkamah Muar



Warga Kompleks Mahkamah Muar



Lawatan di Bilik Jurubahasa.


Sudut Statistik, kemas dan teratur.


Lawatan di Tingkat 3 Kompleks Mahkamah Muar





Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis ini. Wassalam

No comments:

Post a Comment