Showing posts with label Tingkat 2. Show all posts
Showing posts with label Tingkat 2. Show all posts

Sunday, 10 April 2011

MAJLIS PERASMIAN AMALAN 5S KOMPLEKS MAHKAMAH MUAR

Perasmian "5S Kompleks Mahkamah Muar" pada 2 April 2011 di rasmikan oleh Yang Arif Dato’ Ahmadi Bin Hj Asmawi, Hakim Mahkamah Tinggi Muar, Johor darul Takzim. Perasmian pada pukul 8.47 pagi ini telah menempah satu lagi detik bersejarah bagi warga Kompleks Mahkamah Muar. Majlis ini dihadiri oleh Pegawai-Pegawai, wakil-wakil Mahkamah serta kesemua warga Kompleks Mahkamah Negeri Johor.

Apa yang amat menarik program ini mendapat kerjasama yang amat baik dikalangan warga Kompleks Mahkamah Muar sepanjang proses 5S dijalankan. Amalan 5S ini akan terus terpakai bagi memastikan persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi.

Selain itu, melalui amalan 5s proses pencarian akan menjadi lebih mudah dan pantas dalam melaksanakan kerja serta sekaligus kesilapan di dalam kerja dapat dielakkan. Malah ianya dapat mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan persekitaran yang berkualiti. Dengan ini rungutan orang awam dapat dikurangkan terhadap penyampaian perkhidmatan. Apa yang penting melalui 5S ini ianya memudahkan urusan penyelenggaraan serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dan meningkatkan imej korporat organisasi Kompleks Mahkamah Muar.



Yang Arif Dato' Asmadi Hj Asmawi, Pegawai-Pegawai, Wakil-Wakil Mahkamah dan kesemua warga Kompleks Mahkamah Muar, 
Johor Darul Takzim



Majlis Perasmian 5S Kompleks Mahkamah Muar




 Perasmian 5S Komples Mahkamah Muar
oleh Yang Ariff Dato Asmadi Jf Asmawi
8.47pagi pada 2 April 2011




Lawatan di jalankan di sekitar Bahgian Pentadbiran,
Tingkat 1 Komplek Mahkamah Muar



Warga Kompleks Mahkamah Muar



Lawatan di Bilik Jurubahasa.


Sudut Statistik, kemas dan teratur.


Lawatan di Tingkat 3 Kompleks Mahkamah Muar





Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis ini. Wassalam

Tuesday, 29 March 2011

Kumpulan Amethyst



KETUA
Azman Bin Kasiran

SETIAUSAHA
Siti Fazilah Bt Yusof

AHLI-AHLI JAWATAN KUASA
Nor Faridah Bt Hassan
Zakaria Bin Md Sad
Rahmah Bt Ani
Jemelah Bt Hussin


VISI 
Menjadikan satu unit yang bersistematik, cekap, pantas dan unggul.


MISI
Menjadikan budaya 5S sebagai amalan yang konsisten dalam segala urusan bagi menjamin mutu kerja  yang cemerlang.


MOTO
JADIKAN ATURAN SATU AMALAN

 

 
AKTIVITI KUMPULAN
04.03.2011 -    Taklimat bersama pegawai dari Mahkamah Melaka
            -    Memberi pengenalan dan cara – cara melaksanakan program 5S sepertimana yang telah dijalankan di Mahkamah Melaka

 

05.03.2011 -    Gotong Royong Perdana do seluruh Mahkamah Johor
                   -    Mengambil gambar sebelum Program 5S dilaksanakan.
                   -     Menyisihkan barang – barang yang tidak diperlukan dimeja sendiri.
                   -    Menyisihkan dokumen di bilik Fail Tingkat Fail.( Fail tidak Aktif )

 

07.03.2011 -    Mesyuarat bersama Pengerusi kali pertama
                   -    Menubuhkan kumpulan dan nama kumpulan
                   -    Menempatkan kawasan jagaan dan kawasan anak angkat
                   -    Persetujuan gotong royong pada hari jumaat 11.03.2011

 

11.03.2011 -     Gotong Royong Program 5S pukul 3.00 hingga 5.30 petang
                  -    Mengasingkan dokumen dibilik Fail tingkat 5 ( Fail tidak Aktif )
                  -    Menyusun secara lebih kemas fail – fail di tingkat 2 ( Fail Aktif )

 

15.03.2011 -    Mengadakan Perbincangan Kumpulan seperti berikut :-

 

        (a) Bajet yang diperlukan
        (b) Barang – barang yang diperlukan untuk Projek 5S
        (c ) Tempat yang sesuai untuk sudut kumpulan
        (d) Moto yang di pilih
        (e) Bentuk logo yang dipilih
        (f) Piawaian Kumpulan

 

18.03.2011-    Melawat kawasan anak angkat di bawah jagaan kumpulan
-    Berbincang perkara- perkara yang perlu di hapuskan dan di pulihkan
     -     Tempat perbuangan sampah yang terlalu bersepah
     -    Plastik lebihan pasir dan simen di kaki lima Mahkamah yang bersepah
     -    Longgokan Jubin di laluan polis
     -    Rumput – rumput menjalar di kawasan belakang Mahkamah.
     -    Pokok – pokok yang telah mati
    - Terdapat sampah yang bersepah di kawasan luar pagar pintu masuk Mahkamah
                
22.03.2011-    Mesyuarat bersama Pengerusi program 5S

     -    Penukaran nama Kumpulan
     -     Bajet yang diperlukan setiap kumpulan
     -    Mewujudkan baju Koprat
     -    Cara – cara Promosi
     -    Perkembangan setiap kumpulan

 

23.03.2011-    Mesyuarat ringas dengan Fasilatator Pn. Khairulnadiah Hasni Binti Yusoff
     -    Mengubah nama kumpulan dan satu tema
     -    Tema dipilih ada tema Batu Permata
     -    Kumpulan kami memilih Amethyst    
     -    Di minta menyediakan Moto , Visi dan Misi